Asia Space Dialogue

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah dijemput menjadi salah seorang panel bagi sesi “Asia Space Dialogue”, iaitu satu program bagi Global Space Technology Convention (GSTC) 2021. Sesi dialog secara dalam talian yang berlangsung pada 7 Jun 2021 ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan potensi perkembangan industri angkasa di Asia pada masa hadapan.
.
Panel jemputan lain adalah Mr Chris Leck, Timbalan Pengarah Eksekutif, Office for Space Technology and Industry (OSTIn), Singapura; Mr Ishii Yasuo, Naib Presiden Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA); Dr Le Xuan Huy, Naib Pengarah Umum, Vietnam National Space Centre; Mr Narayanan G, Pengerusi dan Pengarah Urusan, NewSpace India Ltd (NSIL); Dr Pakorn Apaphant, Pengarah Eksekutif, Geo-Informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA), Thailand; dan Prof Dr Thomas Djamaluddin, Ketua, National Institute of Aeronautics and Space (LAPAN), Indonesia.
.
Sesi dialog ini telah dikendalikan oleh Ms Lynette Tan, Ketua Eksekutif, Singapore Space and Technology Ltd (SSTL).
.
GSTC merupakan acara tahunan anjuran SSTL yang menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan perkembangan teknologi dan industri terkini dalam bidang teknologi angkasa serta meningkatkan rangkaian antara agensi serta pemain industri terkemuka dalam bidang teknologi angkasa.
.